Wednesday 3 October 2012

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) 13 Oktober 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:- 

A.JAWATAN KOSONG

1.JURUTEKNIK AWAM GRED J17
2.JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17

** Sila klik pada senarai jawatan kosong diatas untuk muat turun borang permohonan.

B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN): 


Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


C. CARA MEMOHON


i. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my atau memohon secara online di http://apps.dbkl.gov.my/epengambilan

ii. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah atau Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan kelayakan oleh JPA di laman web http://pengiktirafan.jpa.gov.my

iii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport. Salinan dokumen pengenalan diri serta sijil-sijil lain selain di atas tidak perlu disertakan. 


D. ALAMAT PERMOHONAN:

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(UNIT PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 11, MENARA DBKL 1 
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR


E. CATATAN:

i. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak. 

ii. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. 

iii. Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga. 

iv. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarik tutup permohonan: 13 Oktober 2012
Lokasi: Kuala Lumpur
Sektor: Kerajaan

No comments:

Post a Comment